Social Icons

Featured Posts

Saturday 21 March 2015

Visi & Misi Sekolah SK Batu 8



Sekolah Kebangsaan Batu 8 akan menjadi sekolah terbilang dalam daerah baling sik menjelang tahun 2015






1. Peningkatan kualiti dan kuantiti dalam kurikulum
2. Pencapaian terbaik dalam kokurikulum
3. Menanam sikap budi pekerti yang terbaik di kalangan staf dan murid
4.  Persediaan prasarana sekolah yang terbaik untuk staf dan murid
5. Pengurusan kewangan yang telus
6. Menjaga hubungan baik dengan waris
7. Kepintaran mengendalikan ICT di kalangan staf dan murid
8. Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris

Sejarah Sekolah SK Batu 8







Sekolah Kebangsaan Batu 8 dibina pada 07 Jun 2007 iaitu dari tarikh pemilikan tapak di atas sebahagian Lot 689 mukim Sik merangkumi keluasan keseluruhannya 3.648 hektar atau 9.014 ekar. Ianya terletak di pinggir Bukit Enggang di Kampung Charok Sejuk kira-kira 3 kilometer dari Pekan Sik melalui jalan utama Sik-Gurun.

Terletak di pinggir Bukit Enggang yang begitu indah pemandangannya. Sekolah ini berfokuskan seni bina setempat di mana murid-murid dapat bergerak dengan pantas dari satu tempat ke tempat lain terutama bilik darjah. Murid-murid dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih kondusif dan pada masa yang sama dapat menikmati keindahan sekitar yang tenang dengan berlatar belakangkan bukit nan indah.

Kontraktor yang diberi kepercayaan dalam projek pembinaan ini ialah Abad Sentosa Sdn. Bhd. Ia terdiri daripada Roslan Salleh Architect, Jurutera C&S (ABS Konsult), Juru Ukur Bahan (O&L Assciates), dan Jurutera M&E (HME Consultant). Manakala kos keseluruhan projek mencecah RM14,168,900.00.

Secara rasminya Sekolah Batu 8 memulakan sesi persekolahan pertamanya pada hari Isnin bersamaan 01 Mac 2010. Dengan demikian, terciptalah satu lagi sejarah dalam dunia pendidikan  di negeri Kedah amnya dan di daerah Sik khasnya.

Tarikh siap asal bangunan sekolah ialah pada 06 Disember 2008. Namun, atas sebab-sebab teknikal, ia siap sepenuhnya pada 20 Disember 2009. Majlis penyerahan bangunan sekolah ini  telah diadakan pada 03 Februari 2010 dan disempurnakan oleh wakil daripada Kementerian  Pelajaran Malaysia, Tuan Pengarah Pelajaran Kedah iaitu Tuan Haji Shahidan Bin Abd. Rahman. Turut bersama beliau, Pegawai Pelajaran Daerah Baling/Sik Tuan Haji Abdul Rashid Bin Yosop, Ketua-ketua Sektor daripada Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah seluruh negeri Kedah termasuk tiga orang guru yang dilantik sebagai “caretaker” SK Batu 8 iaitu Encik Abd. Rahim Bin Abdul Rashid (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kuala Merah), Puan Rohana Binti Lebai Yahya (Penolong Kanan Kokurikulum SK Sik) dan Encik Izhar Bin Ishak (Guru Penolong SK Seri Dusun).